Sultan Nazrin rasmi penutup majlis tilawah, menghafaz al-Quran

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tengah) berkenan bergambar bersama Johan Kategori Tilawah Abdul Khair Jalil pada Majlis Perasmian Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. Majlis berlangsung selama lima hari sejak 15 April lalu itu melibatkan 41 buah negara.

Antara keistimewaan dan keunikan majlis pada tahun ini ialah pemilihan tempat iaitu KLCC yang menjadi simbol ikonik Malaysia.

Selain itu, turut diadakan pameran daripada Muzium Kesenian Islam, klinik al-Quran, pertandingan menulis khat, pertandingan menyalin al-Quran, pertandingan menulis artikel mengenai al-Quran.

Pada penganjuran kali ini, Kumpulan Media Karangkraf turut mengambil bahagian dengan mengadakan acara sampingan iaitu Simposium Keagungan Al-Quran termasuk pelbagai pengisian menarik.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia