Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Sukan Negara 2022

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat tiba ke Anugerah Sukan Negara 2022 di sini, pada malam Isnin. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut hadir pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim. - Foto Bernama

A
A
A

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Sukan Negara 2022, di sini malam ini.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama dalam majlis berprestij yang menghimpunkan penggiat sukan negara itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli Abd Halim.

Pada majlis anjuran Majlis Sukan Negara itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2022 kepada atlet badminton, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2022 buat atlet gimrama, Ng Joe Ee.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencipta sejarah dengan muncul sebagai pemain dan gandingan badminton pertama negara yang meraih gelaran juara dunia di Tokyo Ogos lepas, manakala atlet gimrama Ng Joe Ee berjaya merangkul dua pingat emas menerusi disiplin bola dan riben pada Sukan Komanwel 2022.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan diberikan kepada atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang dan konsisten dalam pertandingan sukan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang diiktiraf setiap tahun.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Sukan 2022 kepada Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Mazlan Ahmad yang berjasa dalam perkembangan industri sukan negara dan menjadi sumber inspirasi pembangunan industri itu.

Anugerah Sukan Negara 2022 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang mencipta kebanggaan seluruh Malaysia di pentas antarabangsa pada setiap tahun. - Bernama