Geng motor besar suntik motivasi kepada pelajar

Bunian Bikers beri motivasi dan inspirasi kepada pelajar SMK Mambau.
Bunian Bikers beri motivasi dan inspirasi kepada pelajar SMK Mambau.
A
A
A

SEREMBAN - 30 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi dari Bunian Bikers mengambil peluang memberikan motivasi dan inspirasi kepada 120 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau di sini pada Sabtu.

Motivasi dan perkongsian pengalaman itu melibatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Salah seorang daripada penunggang berkenaan, Nik Amirul Asraff, 37 berkata, mereka menerima jemputan daripada salah seorang guru di sekolah itu juga merupakan ahli kelab berkenaan iaitu cikgu Wan Mohd Ariff Wan Mohamad untuk menyertai program yang dianjurkan pihak sekolah.

"Ia merupakan program yang santai di mana kami memberi nasihat dan bercerita pengalaman hidup dalam sekitar 20-30 minit kepada pelajar secara berkumpulan.

"Kehadiran kami ini adalah untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh bagi menjamin kehidupan pada masa hadapan," katanya kepada Sinar Harian.

Bunian Bikers beri motivasi dan inspirasi kepada pelajar SMK Mambau.
Bunian Bikers beri motivasi dan inspirasi kepada pelajar SMK Mambau.

Jelasnya, perkongsian itu turut melibatkan sudut agama yang bersesuaian dengan pelajar termasuklah mengingatkan mereka supaya tidak melakukan kerja sia-sia seperti menunggang motosikal tanpa lesen kenderaan yang sah.

Dalam pada itu, Nik Amirul yang juga merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong, Shah Alam melahirkan rasa gembira dan berharap perkongsian itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar terlibat.

No Image Caption

"Terima kasih kepada pengetua sekolah (SMK Mambau) Salwati Setia yang memberikan peluang ini dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan ahli kelab," katanya.

Sementara itu, dalam program sama turut berlangsung aktiviti cabutan bertuah, sijil dan cenderamata.