[VIDEO] KPDN rancang bangunkan aplikasi khas Menu Rahmah

Salahuddin (tiga dari kanan), pada pelancaran Mwnu Rahmah di restoran Burger King, Bukit Indah, pasa Jumaat.
Salahuddin (tiga dari kanan), pada pelancaran Mwnu Rahmah di restoran Burger King, Bukit Indah, pasa Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup merancang membangunkan aplikasi khas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan informasi mengenai Menu Rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, aplikasi berkenaan secara keseluruhannya akan mempamerkan lokasi termasuk waktu tertentu bagi mendapatkan menu berkenaan.

"Insya-ALLAH, kita akan selaraskan perkara dan kita akan adakan direktori dengan membangunkan apps (aplikasi) di mana kita akan pamerkan lokasi di mana menu itu boleh didapati atau dari pukul berapa ke pukul berapa.

"Apps ini sedang dibangunkan dan pihak kementerian akan mengumumkan sebarang perkembangan mengenainya dalam masa terdekat," katanya Jumaat.

Salahuddin berkata demikian setelah menghadiri dan merasmikan Menu Rahmah di Restoran Birger King, di Bukit Indah, di sini pada Jumaat.

Untuk rekod, Burger King merupakan restoran makanan segera pertama yang melancarkan Menu Rahmah kepada pelanggan dengan menawarkan sajian BK Chick'N Crisp (ayam) atau Cheesy Beef (daging) dengan sebotol air mineral.

Tambah Salahuddin, pihaknya turut mendapat maum balas yang baik daripada pihak yang melaksanakan jualan Rahmah ini.

"Saya dapat tahu jualan di pasaraya Econsave, Pandamaran, Selangor meningkat 30 peratus sejak mengadakan jualan Rahmah ini.

"Ini membuktikan bahawa jenama Rahmah ini memberikan harga murah kepada pelanggan selain mampu meningkatkan jualan dan memberikan keuntungan kepada peniaga atau pemain industri," katanya.

Sementara itu Salahuddin berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran kerana ia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

"Untuk harga sayur ni kena dapar fakta daripada kementerian MAFS...tapi sebelum musim tengkujuh, harga memang stabil, termasuk sebelum, ketika dan selepas perayaan Tahun Baru Cina...rakyat pun tak pertikaikan sangat harga sayuran.

"Tapi bila berlaku tragedi banjir, rakyat tersentak dengan (kenaikan), harga," katanya.