'Nurul Izzah tidak mungkin salah guna kuasa' - Anwar

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan bahawa Nurul Izzah Anwar tidak akan menyalahgunakan kuasanya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan.

Tegasnya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi keputusan bagi mana-mana tender, kontrak atau projek.

"Tidak ada kemungkinan (beliau) menggunakan kedudukan tersebut untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek," katanya ketika sidang media di ibu pejabatnya, di sini pada Isnin.

Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau memerlukan kepakaran yang dimiliki Nurul Izzah, di samping menambah kedudukan dalam jawatan itu bagi mengkritik dan meneruskan agenda tadbir urus yang baik.

Beliau turut menegaskan, anak sulungnya itu juga mempunyai kelayakan yang cukup untuk membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

"Saya memerlukan kepakaran beliau untuk membantu saya.

"Walau bagaimanapun, izinkan saya menekankan bahawa dia berada di sana untuk melindungi dan meneruskan agenda tadbir urus dan tidak boleh rosak dalam sistem," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tarik balik lantikan, pro bono bukan alasan halalkan nepotisme'

ARTIKEL BERKAITAN: Lantik anak, isteri bakal jadi kebiasaan baharu - Mohd Radzi

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah perlu ada latar belakang khusus sebagai penasihat

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah tak wajar, bawa konflik kepentingan

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah layak dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nurul Izzah tidak dibayar elaun - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM