X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Bayi terkecil di dunia dibenarkan keluar hospital

Ryusuke Sekiya dketika dirawat di Hospital Kanak-Kanak Nagano pada 9 Oktober 2018. - Foto AFP
A
A

TOKYO - JEPUN. Bayi lelaki terkecil di dunia yang dilahirkan pada Oktober tahun lalu di Jepun akan dibenarkan keluar dari hospital hujung minggu ini.

Dilahirkan pada 1 Oktober 2018 menerusi pembedahan Caesarean ketika berusia 24 minggu dan lima hari dalam kandungan, berat Ryusuke Sekiya hanya 258 gram, seberat sebiji epal.

Selepas dilahirkan, Ryusuke ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal dan pasukan perubatan terpaksa menggunakan tiub untuk memberinya makan, adakala mereka juga menggunakan putik kapas untuk menyapukan susu ibu ke mulutnya.

Ryusuke Sekiya bersama ibu bapanya sehari sebelum dibenarkan keluar dari hospital. - Foto AFP
Ryusuke Sekiya bersama ibu bapanya sehari sebelum dibenarkan keluar dari hospital. - Foto AFP

Hampir tujuh bulan berlalu, kini berat Ryusuke melebihi tiga kilogram dan akan dibenarkan keluar dari Hospital Kanak-Kanak Nagano hujung minggu ini.

"Ketika dilahirkan dia sangat kecil dan kelihatan akan patah jika disentuh, saya berasa amat bimbang.

"Kini dia mampu minum susu dan kami boleh memandikannya. Saya gembira dapat melihatnya membesar," kata ibu Ryusuke, Toshiko kepada wartawan.

Berat Ryusuke adalah lebih ringan daripada pemegang rekod sebelumnya, juga seorang bayi lelaki dari Jepun dengan berat 268 gram ketika dilahirkan tahun lalu. - AFP


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!