Polis siasat kenyataan wanita berbaur perkauman

Polisa sedang menyiasat video tular berhubung kenyataan seorang wanita berbaur perkauman.
Polisa sedang menyiasat video tular berhubung kenyataan seorang wanita berbaur perkauman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat video tular di media sosial berkaitan kenyataan seorang wanita berbaur perkauman ketika konsert AR Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung video itu pada jam 5.15 petang, Selasa.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zam Halim berkata, sehingga kini percakapan saksi telah dirakam dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

"Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.