Lelaki kurang siuman maut, pengawal keselamatan direman 7 hari

Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret, Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki kurang siuman di sebuah masjid, Pulau Melaka pada Ahad.
Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret, Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki kurang siuman di sebuah masjid, Pulau Melaka pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki kurang siuman di sebuah masjid, Pulau Melaka pada Ahad.

Perintan reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Fitri Mokhtar terhadap lelaki berusia 32 tahun itu bermula pada Isnin sehingga Ahad ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar di sebuah masjid di Pulau Melaka di sini pada Ahad.

Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian tersebut berlaku apabila lelaki berkenaan telah bertindak mengamuk dan kemudian membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

"Pada masa yang sama, lelaki itu telah bertindak memukul seorang tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, pengawal keselamatan kemudian cuba menangkap lelaki tersebut yang ketika itu sedang mengamuk dan melawan, namun semasa mereka hendak serahkan kepada pihak berkenaan, lelaki tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.