'Masa depan pelajar sekolah agama cerah'

Dr Ismail (enam kiri) bersama jawatankuasa pengurusan karnival bergambar bersama.
Dr Ismail (enam kiri) bersama jawatankuasa pengurusan karnival bergambar bersama.
A
A
A

SEPANG - Kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama seperti sekolah tahfiz, sekolah pondok atau sekolah agama pada masa kini amat memberangsangkan.

Ini kerana, anak-anak yang mendapat pendidikan agama akan mempunyai jati diri, keperibadian serta sahsiah yang terpuji dalam kehidupan seharian berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya.

Pengarah Urusan Sekolah Kiblah, Dr Ismail Omar berkata, perkara tersebut bukanlah menjadi satu trend sebaliknya ibu bapa sudah pandai menilai kerana mahu yang terbaik buat anak masing-masing.

Jelas Dr Ismail, pelajar lepasan sekolah aliran agama juga tidak seharusnya bimbang dengan masa depan kerana peluang mereka untuk menyambung pengajian di dalam dan luar negara cukup luas.

Dr Ismail Omar
Dr Ismail Omar

“Sebaik sahaja tamat pengajian dari mana-mana institusi pendidikan agama, pelajar boleh sambung ke pusat pengajian lain untuk mengikuti aliran akademik atau sambung aliran agama.

“Kita banyak kolej, yayasan dan universiti menawarkan pelbagai jurusan dan mereka boleh sambung belajar ke universiti di Timur Tengah seperti di Mesir, Jordan, Yaman dan banyak lagi serta tidak timbul soal bagaimana mereka mahu meneruskan pengajian seterusnya,” sambung beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada di Karnival Pendidikan Islam sempena Ulang Tahun Ke-30 Kiblah dan yang pertama dianjurkan oleh Kumpulan Pendidikan Kiblah di Jenderam Hulu pada Sabtu.

Antara yang terlibat ialah Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Melaka, Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor, Kolej Universiiti Antabangsa Islam Sultan Ismail Petra Kelantan, Kolej Universiti Islam Perlis, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Jawatankuasa kerja Karnival Pendidikan Islam sempena Ulang Tahun Ke-30 Kiblah dan yang pertama dianjurkan oleh Kumpulan Pendidikan Kiblah di Jenderam Hulu di sini pada Sabtu.
Jawatankuasa kerja Karnival Pendidikan Islam sempena Ulang Tahun Ke-30 Kiblah dan yang pertama dianjurkan oleh Kumpulan Pendidikan Kiblah di Jenderam Hulu di sini pada Sabtu.

Turut sama, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia dan Tabung Pembangunan Kemahiran Malaysia serta dua kolej kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu Kolej Profesional Kemahiran Kiblah dan Kolej Point.

Dalam pada itu, Dr Ismail berkata, karnival berkenaan menjadi platform untuk institusi-institusi terbabit berkongsi maklumat dengan orang ramai mengenai penawaran pendidikan Islam yang mereka tawarkan.

Menurut beliau, usaha juga diharap dapat membuka minda orang ramai terutamanya bagi mereka yang berada di maahad tahfiz untuk mengetahui bahawa mereka yang mengambil jurusan agama di peringkat sekolah rendah dan menengah serta maahad tahfiz juga mempunyai peluang sama dengan pendidikan arus perdana.

Antara pengunjung yang hadir pada karnival yang dianjurkan.
Antara pengunjung yang hadir pada karnival yang dianjurkan.

"Sempena 30 tahun penubuhan Kiblah sebanyak RM1 juta dalam bentuk biasiswa dan dermasiswa juga disalurkan Yayasan Ismail untuk pihak pengurusan Kumpulan Pendidikan Kiblah untuk diagihkan kepada pelajar anak yatim, fakir miskin dan B40 yang tiada kemampuan untuk menghantar anak ke mana-mana entiti Pendidikan Kiblah seperti Sri Kiblah, Sekolah Kiblah, Maahad Tahfiz Kiblah atau Kolej Profesional Kemahiran Kiblah.

"Yang istimewa mengenai biasiswa ini pelajar tahfiz yang mempunyai hafalan 30 juzuk al Quran layak secara otomatik sekiranya lulus temuduga untuk melanjutkan pelajaran mereka sama ada untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia," tambahnya.