Mangsa banjir meningkat di Terengganu

No Image Caption
A
A
A
KUALA TERENGGANU - Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada 48 orang daripada 15 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 30 orang daripada 10 keluarga malam tadi.

Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Setiu menjadikan jumlah keseluruhan tiga PPS beroperasi di daerah itu setakat ini.

Seramai 40 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di Masjid Merbau Menyusut, lima orang daripada dua keluarga berpindah ke Dewan Orang Ramai Kampung Langkap dan tiga sekeluarga berpindah ke Surau Bukit Nyior.

Sementara itu, menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Terengganu juga telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak yang merekodkan bacaan 36.64 meter (m) berbanding paras bahaya 35m; Sungai Nerus di Kampung Langkap (21.53m berbanding paras bahaya 21m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping (20.99m mengatasi paras bahaya 19.70m). - Bernama
Artikel Berkaitan: