Doktor sakit puan rugi RM27,300 ditipu 'pegawai LHDN'

Seorang doktor sebuah hospital di Hilir Perak 'berputih mata' apabila wang simpanan berjumlah RM27,300 lesap ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Adnan)
Seorang doktor sebuah hospital di Hilir Perak 'berputih mata' apabila wang simpanan berjumlah RM27,300 lesap ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Adnan)
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang doktor sebuah hospital di Hilir Perak 'berputih mata' apabila wang simpanan berjumlah RM27,300 lesap ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 27 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang menyatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai pendapatan ketika bertugas di dewan bersalin.

"Panggilan (kononnya) dari LHDN Pulau Pinang itu kemudiannya telah disambungkan kepada Bank Negara.

"Suspek kemudiannya memperkenalkan diri sebagai 'Tuan Sharif' dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, akibat cemas, mangsa menyerahkan segala butiran bank termasuk kata kunci bagi perbankan dalam talian.

"Mangsa menyedari ditipu selepas wang dalam akaun miliknya berjumlah RM12,000 dan RM15,300 telah dipindahkan menerusi dua transaksi ke akaun yang tidak dikenali.

"Mangsa kemudiannya ke balai polis pada hari yang sama untuk membuat laporan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu," katanya.