Mindef laksana tender terbuka, batal lima perolehan terdahulu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pertahanan (Mindef) membatalkan lima perolehan yang melibatkan bekalan dan perkhidmatan serta projek infrastruktur untuk dilaksanakan secara tender terbuka.

Mindef dalam satu kenyataan memaklumkan telah melaksanakan perolehan aset secara tender terbuka seperti mana keperluan bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan (Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia).

"Bermula tahun 2023, lima perolehan yang melibatkan bekalan dan perkhidmatan serta projek infrastruktur telah dibatalkan dan akan dilaksanakan secara tender terbuka.

"Ini selaras dengan dasar kerajaan pada masa ini yang mengutamakan ketelusan dan value for money.

"Justeru, sebarang ketirisan dan salah laku sepanjang proses tersebut adalah

sesuatu yang tidak akan sesekali dikompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan salah laku demi kepentingan peribadi," kata kenyataan itu pada Khamis.

Tambah kenyataan itu lagi, Mindef mengambil perhatian serius kenyataan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan yang disampaikan pada Majlis Dialog Belanjawan Kerajaan 2023 di Putrajaya pada Selasa lepas.

"Mindef juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya," jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: