13 Projek Infrastruktur Penyayang dilaksana di DUN Teratai

Sze Han (tengah) ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Dua Projek iaitu Projek Pembinaan Gelanggang Futsal dan Naik Taraf Sistem Perparitan Padang Taman Melur 15 di Taman Melur, pada Selasa.
Sze Han (tengah) ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Dua Projek iaitu Projek Pembinaan Gelanggang Futsal dan Naik Taraf Sistem Perparitan Padang Taman Melur 15 di Taman Melur, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 Projek Infrastruktur Penyayang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai dengan jumlah hampir RM650,000 sejak tahun lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, ia merangkumi projek naik taraf infrastruktur pengindahan landskap, naik taraf dewan orang ramai dan mitigasi banjir.

Beliau turut meluluskan bajet pembangunan di bawah peruntukan projek sama berjumlah RM50,000 untuk projek longkang di Padang Bola Sepak Taman Melur 15 dan sedang dilaksanakan.

"Ini untuk menyelesaikan permasalahan padang bola yang tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana air hujan bertakung, begitu juga sebahagian trek joging yang digenangi air," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Dua Projek iaitu Projek Pembinaan Gelanggang Futsal dan Naik Taraf Sistem Perparitan Padang Taman Melur 15 di Taman Melur, di sini pada Selasa.

Sementara itu, jelas Sze Han, projek pembinaan gelanggang futsal itu dilaksanakan menerusi peruntukan kerajaan negeri melalui Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

"Kerajaan negeri meluluskan peruntukkan berjumlah RM196,100 untuk pembinaan gelanggang futsal di Taman Melur dan projek ini dijangka siap dalam jangka masa empat bulan dari sekarang," katanya.