Bekalan telur kembali stabil sebulan dua lagi - Fuziah

Fuziah Salleh. - Foto Bernama
Fuziah Salleh. - Foto Bernama
A
A
A

BENTONG - Bekalan telur dijangka stabil di pasaran dalam tempoh beberapa bulan lagi sekali gus dapat mengatasi masalah kekurangan dan memenuhi keperluan pengguna di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Fuziah Salleh memberitahu, isu tersebut sudah bermula sejak beberapa bulan lalu pada tahun lepas kerana kekurangan baka ayam penelur.

"Jadi bila kita dah dapat bawa baka ayam yang baharu, ia perlukan tempoh enam bulan untuk bertelur. Tempoh enam bulan itu sudah hampir ke penghujung, sudah fasa akhir.

"Apabila kita sudah sampai ke fasa tersebut, Insya-ALLAH bekalan telur akan stabil dalam tempoh sebulan dua ini," katanya ketika ditanya pemberita mengenai isu tersebut.

Beliau ditemui sempena sesi walkabout di Program Jualan Rahmah di sebuah pasar raya Bentong di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang.

Sementara itu mengulas program Jualan Rahmah tersebut, Fuziah mengalu-alu penyertaan pemain industri khususnya pasar raya besar dan pasar raya di Malaysia terlibat dalam program jualan tersebut yang dilihat akan memberikan situasi menang-menang antara pemain industri dan pengguna.

"Program Jualan Rahmah yang diperkenalkan KPDN akan dilaksanakan secara berterusan di seluruh negara dari semasa ke semasa dan bukan sahaja akan dilaksanakan pada sambutan tertentu seperti menjelang hari raya tetapi juga pada hari-hari biasa.

Artikel Berkaitan:

"Jadi ia sesuatu yang benar-benar membantu rakyat kurangkan kos sara hidup, rakyat menunggu jualan Rahmah di tempat masing-masing dan sekerap yang mungkin dan mungkin pasar raya berbeza beza.

"Tidak ada kos atas kerajaan kerana ini inisiatif kerajaan runding dengan pasar raya dan memastikan bahawa rakyat dapat keuntungan kita harap akan berterusan saya yakin menjadi sesuatu rakyat tertunggu-tunggu," tambah beliau.

Di Pahang, jualan serentak selama sehari itu melibatkan 11 daerah yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10-30 peratus murah daripada kebiasaan.