371 kes Covid-19 dicatatkan pada Rabu

Sebanyak 371 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Foto hiasan
Sebanyak 371 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 371 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, empat kematian baharu akibat Covid-19 turut dicatatkan dengan satu daripadanya kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Keseluruhan kematian akibat wabak tersebut dalam negara kini adalah berjumlah 36,923 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 10,390 kes dengan 9,970 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 404 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 16 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 14 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 304 kes menjadikan jumlah keseluruhannya dalam negara kepada 4,986,312 kes.

Artikel Berkaitan: