Rohingya beban kekal Malaysia

Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Norman)
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Norman)
A
A
A

SHAH ALAM - Etnik Rohingya bakal menjadi beban kekal di Malaysia ekoran tindakan segelintir masyarakat yang bertindak mengalu-alukan kedatangan mereka ke negara ini.

Peguam, Norman Fernandez berpandangan, sekiranya tindakan tersebut berterusan, tidak mustahil etnik berkenaan akan menuntut untuk diiktiraf sebagai bangsa Melayu dan berhak mendapat pendidikan di universiti awam tempatan.

"Selagi ada orang Melayu sanggup menggubal lagu 'Selamat Malam Rohingya' dan menganggap Rohingya sebagai saudara yang malang dan bersedia ke depan mengalu-alukan (kedatangan) ke Malaysia, memberi segala jenis bantuan, selagi itulah mereka akan datang dan kekal berada di Malaysia.

"Tidak mustahil dalam tiga ke empat generasi (akan datang), Rohingya di Malaysia yang beragama Islam boleh cakap bahasa Malaysia dan sudah mengamalkan budaya Melayu, akan menuntut untuk diiktiraf sebagai Melayu. Mereka akan menuntut hak belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Alahai, terkenang sajak Usman Awang. Semua boleh jadi Melayu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan etnik Rohingya sebagai minoriti paling teraniaya di dunia dan pada tahun 2016 hingga 2017, ribuan etnik tersebut turut dibunuh, dirogol serta diseksa atau ditangkap junta Mynamar.

Turut dilaporkan, setiap tahun ramai di kalangan etnik berkenaan mempertaruhkan nyawa menaiki kapal untuk lari dari Myanmar dan kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh menuju ke Malaysia serta Indonesia.

Artikel Berkaitan: