Pekerja maut, syarikat didenda RM15,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RAUB - Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman denda RM15,000 ke atas sebuah syarikat pengilangan selepas didakwa gagal mengadakan sistem kerja selamat sehingga menyebabkan kemalangan pada Mac tahun lalu.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya juga menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan jika gagal bayar ke atas syarikat Raub Oil Mill Sdn Bhd selepas pemilik syarikat itu mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat itu mengaku gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja penukaran tayar jentera di bahagian penyelenggaraan sehingga mengakibatkan kemalangan maut kepada pekerjanya.

Syarikat tersebut didapati melakukan kesalahan bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Ahmad Fakhri Mohammad Yusoff manakala siasatan terhadap kes dijalankan pegawai penyiasat JKKP Pahang, Mohd Nazri Mohd Yusoff.

Dalam kenyataan itu, JKKP berharap kes tersebut dapat memberi pengajaran kepada majikan dan pekerja untuk patuh kepada undang-undang demi memelihara kepentingan awam dan keselamatan pekerja.

Artikel Berkaitan: