[VIDEO] Gangguan orang ketiga, hubungan sulit punca Puteri Sarah minta cerai

Puteri Sarah hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan perceraian dengan suaminya, Syamsul pada Isnin.
Puteri Sarah hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan perceraian dengan suaminya, Syamsul pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di sini pada Isnin, terhadap suaminya, Syamsul Yusof kerana tekanan dan gangguan pihak ketiga atau hubungan sulit sehingga menyebabkan suaminya itu, sudah lama tidak pulang ke rumah.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif memfailkan permohonan berkenaan menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan.

Berdasarkan dokumen yang difailkan, Puteri Sarah berkata, permohonan berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Antara alasan yang dikemukakan ialah tiada persefahaman, telah berlaku ‘shiqaq’ iaitu perbalahan yang berpanjangan dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

“Saya dan anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin.

“Jika (perkahwinan) diteruskan, ia mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kedua-dua pihak, khususnya diri dan emosi saya serta anak-anak,” kata dokumen itu.

Puteri Sarah yang hadir di mahkamah dengan memakai jubah berwarna hitam, diwakili peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Pada Jun tahun lepas, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan saman sivil di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap Ira atas dakwaan menerima gangguan dan ugutan daripada wanita itu menerusi media sosial.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Puteri Sarah memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah sama, antara lain bagi menghalang Ira menghampiri dan mengganggu plaintif, suami dan keluarga.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Shamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikah wanita itu di Thailand.

Susulan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di sini, terhadap suaminya, Syamsul pada Isnin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan kes, pada 7 Mac depan.