Sila log masuk terlebih dahulu.

Rumah tangga Syamsul, Puteri Sarah tidak dapat diselamatkan

A
A
A
Rumah tangga Syamsul, Puteri Sarah tidak dapat diselamatkan

BERITA SEMASA 25 MEI 2023

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan diberitahu bahawa, tiada ruang bagi pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah berdamai sekali gus rumah tangga pasangan itu tidak dapat diselamatkan,lapor Wartawan Sinar Harian Noor Azlida Alimin.

Ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding pada Khamis, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) ketika membaca dapatan sesi itu, di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas.

Menurut Akberdin, ia berdasarkan laporan JKP yang dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pada 24 Mac lalu yang dihadiri pasangan suami isteri tersebut.

Tambah beliau, Pengerusi JKP juga memaklumkan, Puteri Sarah mendakwa berlaku lafaz cerai sebanyak dua kali oleh Syamsul.

Susulan itu, kata Akberdin, mahkamah memerintahkan isu berkenaan diselesaikan terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat berdasarkan laporan JKP.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260294/berita/semasa/keputusan-jkp-maklum-tiada-ruang-syamsul-puteri-sarah-berdamai

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa