Lebih 70 pegawai polis cedera semasa tunjuk perasaan

Lebih 70 anggota penguat kuasa cedera semasa polis cuba menyuraikan tunjuk perasaan antilombong arang batu di perkampungan Lutzerath, Jerman barat. - Foto AFP
Lebih 70 anggota penguat kuasa cedera semasa polis cuba menyuraikan tunjuk perasaan antilombong arang batu di perkampungan Lutzerath, Jerman barat. - Foto AFP
A
A
A

BERLIN - Lebih 70 anggota penguat kuasa cedera semasa polis cuba menyuraikan tunjuk perasaan antilombong arang batu di perkampungan Lutzerath, Jerman barat, lapor Sputnik, memetik polis.

Pada Sabtu, beribu-ribu aktivis iklim termasuk Greta Thunberg, berkumpul berhampiran Lutzerath untuk membantah pembesaran lombong arang batu tempatan yang menjejaskan perkampungan berkenaan.

Demonstrasi diteruskan pada Ahad. Polis menggunakan semburan lada dan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan, menurut laporan media tempatan.

"Sejak operasi bermula, lebih 70 anggota polis cedera," menurut polis bandar Aachen pada Ahad.

Menurut kenyataan, lebih 300 aktivis diusir dari Lutzerath, 12 penunjuk perasaan ditahan manakala sembilan lagi dibawa ke hospital. Tiada kecederaan serius dilaporkan.

Beberapa kenderaan polis rosak semasa operasi penguatkuasaan undang-undang yang bermula pada Rabu.

Sebanyak 154 tindakan undang-undang telah dimulakan sejak polis bertindak tegas ke atas penunjuk perasaan di Lutzerath. - Bernama

Artikel Berkaitan: