Kilang plastik terbakar

Kilang plastik di Jalan Bakar Arang terbakar awal pagi tadi.
Kilang plastik di Jalan Bakar Arang terbakar awal pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah kilang kitar semula memproses plastik di Jalan Bakar Arang terbakar kira-kira jam 4.30 pagi, tadi.

Saksi berkata, dia dan seorang lagi pengguna jalan raya terlihat api marak walaupun ketika itu berada jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Nut Jamudin berkata, kebakaran meliatkan longgokan plastik kitar semula dan operasi mengawal kebakaran giat dilakukan.

"Bomba menerima panggilan jam 4.30 pagi, dan tiba dilokasi tiga minit kemudian. Seramai 15 anggota dari BBP Sungai Petani, 6 anggota BBP Amanjaya dan 6 lagi dari BBP Tikam Batu terlibat.

"Bantuan juga diterima daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Sungai Petani, PBS Sungai Puyu, PBS Padang Lembu dan PBS Bakar Arang untuk operasi pemadaman api," katanya.

Menurutnya, kebakaran itu tidak melibatkan nyawa dan punca serta kerugian masih dalam siasatan.

Awal bulan lalu, sebuah kilang kitar semula tidak jauh dari lokasi sama dilaporkan pernah terbakar.

Artikel Berkaitan: