'Dua tiga kerat yang 'boo' kumpulan pro Muhyiddin'

Mohd Puad dan hantaran beliau di Facebook.
Mohd Puad dan hantaran beliau di Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menafikan laporan beberapa portal berita bahawa usul supaya tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden disambut dengan sorakan 'boo' oleh sebahagian besar perwakilan yang hadir.

Sebaliknya Mohd Puad yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan sebahagian kecil perwakilan daripada 'perancangan' utama pemimpin yang memberi akuan bersumpah (SD) kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Suka puak yang boo usul tiada pertandingan. Masakan tidak, ada satu dua portal 'headline' usul tiada pertandingan kena boo.

"Padahal yang boo itu hanya dua tiga kerat Ketua Bahagian yang pro perancang utama SD dokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

"Sedangkan hampir dua pertiga perwakilan berdiri sokong usul tambahan oleh wakil Negeri Sembilan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Tambah Mohd Puad, setibanya giliran pembahas seterusnya sehingga ke penangguhan ucapan kumpulan tersebut mengambil sikap berdiam diri.

Apa pun katanya, petang Sabtu bakal menjadi penentuan kepada usul yang dicadangkan itu.

"Apa pun tengok hari ini. Usul itu akan diundi. Jangan pula tuduh di belakang, parti tidak demokratiik setelah diundi.

Artikel Berkaitan:

"Boo itu sendiri adalah demokrasi walaupun tidak bersusila," katanya.

Pada Jumaat, beberapa portal berita melaporkan beberapa kumpulan perwakilan dilihat membuat laungan ‘boo’ ketika wakil daripada Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin mengemukakan usul supaya tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti itu dan kemudiannya disokong oleh Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

Sorakan itu dibuat kerana tidak bersetuju dengan usul yang dikemukakan tersebut.