Shahrir Samad buat laporan polis terhadap Tommy Thomas

Gambar dari kiri: Shahrir Abdul Samad, Tommy Thomas
Gambar dari kiri: Shahrir Abdul Samad, Tommy Thomas
A
A
A

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Ab Samad membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna kuasa.

Bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendakwa Tommy Thomas telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Peguam Negara berhubung pendakwaan kes gagal isytihar harta berjumlah RM1 juta membabitkan dirinya.

Shahrir Samad mendakwa, Tommy Thomas telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan pendakwaan terhadapnya walaupun kertas siasatan masih belum lengkap.

"Atas pendedahan saksi-saksi penting pendakwaan di mahkamah, saya mengesyaki terdapat salah guna kuasa oleh Tommy Thomas apabila mengarahkan supaya saya dituduh walaupun kertas siasatan belum lengkap.

"Malah, ada unsur pendakwaan berniat jahat yang dilakukan terhadap saya selaku salah seorang ahli politik dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Tujuan saya membuat laporan ini untuk meminta pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang dan menyiasat terperinci atas dakwaan salah guna kuasa serta unsur pendakwaan berniat jahat yang disyaki dilakukan terhadap saya,” katanya.

Shahrir hadir ke IPD Dang Wangi bersama beberapa penyokong UMNO bagi membuat laporan polis di sini pada Jumaat.
Shahrir hadir ke IPD Dang Wangi bersama beberapa penyokong UMNO bagi membuat laporan polis di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas selesai membuat laporan di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada 5 Januari melaporkan, Shahrir dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas satu pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi memaklumkan bahawa pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes terhadap bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Semasa prosiding, Rasyidah Murni memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan berkenaan.