PAU 2022: UMNO pusat tetap dengan UMNO Sabah

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tetap bersama-sama dengan UMNO Sabah dalam menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri berkenaan.

Jelas Ahmad Zahid, tindakan itu dibuat atas dasar kebersamaan demi memastikan kestabilan berterusan untuk rakyat.

“UMNO berpendirian, Sabah dan Sarawak adalah rakan politik strategik. Dengan itu, apa pun bentuk kerajaan Malaysia pada masa sekarang dan masa hadapan, UMNO tetap memilih untuk bersama-sama dengan rakan-rakan politik dari wilayah berkenaan demi kestabilan Malaysia.

“Malah apa yang berlaku muktakhir ini di Sabah, saya ingin membuat penegasan bahawa UMNO pusat akan tetap bersama dengan UMNO Sabah,” katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Pada 11 Januari lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan rombakan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah.

Rombakan itu menyaksikan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilantik TImbalan Menteri I menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radir.

Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah mengumumkan pendirian untuk menarik sokongan terhadap Hajiji dengan alasan hilang kepercayaan terhadap keduduk beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.

Artikel Berkaitan: