Piala Liga: Nottingham Forest tempah slot separuh akhir

Dean Henderson - Foto AFP
Dean Henderson - Foto AFP
A
A
A

NOTTINGHAM Forest menewaskan Wolverhampton Wanderers 4-3 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan pusingan lapan terbaik Piala Liga di City Ground untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh lebih dua dekad.

Penjaga gol, Dean Henderson muncul wira Forest apabila menyelamatkan sepakan Joe Hodge dalam penentuan penalti selepas permainan berakhir 1-1 untuk menghantar pasukannya mara ke separuh pertama sejak mereka mara ke final Piala Liga pada 1992.

Willy Boly menjaringkan gol selepas 18 minit perlawanan menentang bekas kelabnya untuk memberikan Forest pendahuluan.

Bagaimanapun Wolves kembali bangkit pada babak kedua selepas Raul Jimenez menyudahkan hantaran Matheus Cunha.

Walaupun keputusan itu memberikan detik kegembiraan buat peminat dan pemain Forest, pengurus Steve Cooper merasakan pasukannya sepatutnya beraksi lebih baik sepanjang 90 minit.

“Saya kagum dengan semangat para penyokong dan pemain sepanjang perlawanan ini.

“Objektif adalah untuk melepasi fasa ini. Saya tidak boleh mengatakan saya menyukai persembahan kami, namun saya tidak sepatutnya terlalu negatif dan tidak akan begitu.

“Tetapi kami perlu bermain lebih baik daripada yang kami lakukan dalam tempoh permainan seperti ini. Ya, pada perlawanan ini kami berusaha memanfaatkan peluang dimiliki ke atas Wolves,” kata Cooper.

Artikel Berkaitan: