Covid-19: 380 kes baharu, 9 kematian pada Selasa

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 380 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan 11 daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sembilan kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan tiada daripadanya kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, keseluruhan kematian akibat wabak tersebut kini adalah berjumlah 36,892 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 11,412 kes dengan 10,844 atau 95 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 542 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 26 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: