Suri rumah terlepas hukuman gantung

Nurul Shakila sebak ketika bertemu Andrew Lourdese di luar mahkamah di sini, pada Selasa.
Nurul Shakila sebak ketika bertemu Andrew Lourdese di luar mahkamah di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Setelah hampir empat tahun, akhirnya seorang suri rumah terlepas hukuman gantung atas tuduhan mengedar dadah yang didakwa bersama suaminya di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Selasa.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid melepaskan Nurul Shakila Mohd Ikram Rajoo, 31, di akhir pendakwaan dengan penghakimannya bahawa wanita itu telah dibuktikan tidak mempunyai niat bersama melakukan kesalahan tersebut.

Rakaman percakapan mendapati tertuduh juga memberitahu bungkusan itu telah ada ketika dia menaiki kenderaan terbabit yang digunakan oleh suaminya sepanjang masa.

Beliau bagaimanapun memerintahkan suami tertuduh, Mohd Salleh Meerasha, 34 yang merupakan kakitangan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membela diri atas pertuduhan yang telah dipinda selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mohd Salleh ketika keluar dari Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
Mohd Salleh ketika keluar dari Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis berat bersih 484 gram kira-kira jam 8.40 malam di Jalan A Eredia Road Portuguese Settlement di sini, pada 7 Mei 2019.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 Februari depan untuk perbicaraan bagi perintah membela diri.

Artikel Berkaitan:

Seramai lapan saksi pendakwaan dibawa sepanjang prosiding berlangsung bermula tarikh 12 Oktober 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muzila Mohamed Arsad, manakala Peguam Andrew Lourdese mewakili tertuduh.