Taiwan kecam latihan tempur kedua China

Antara jet yang dikesan menceroboh ke zon pertahanan Taiwan ialah Su-30. - Foto Agensi
Antara jet yang dikesan menceroboh ke zon pertahanan Taiwan ialah Su-30. - Foto Agensi
A
A
A

TAIPEI - Taiwan pada Isnin menyelar tindakan provokasi terbaharu China kerana mengadakan latihan tempur kedua di sekitar negara pulau itu dalam tempoh kurang sebulan.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan ia mengesan 57 pesawat milik Beijing.

“Sebanyak empat kapal Tentera Laut China turut dikenal pasti beroperasi di sekitar perairan Taipei. Kira-kira 28 pesawat dilaporkan menceroboh ke zon pertahanan udara negara ini,” ujarnya sambil menambah antara jet yang dikesan ialah Su-30 dan J-16, manakala dua pesawat pengebom berkeupayaan nuklear H-6 terbang ke bahagian selatan.

Ketika latihan ketenteraan sama pada bulan lalu, Taiwan mengesan 43 pesawat China menceroboh masuk garisan median tersebut yang menjadi zon penampan tidak rasmi antara kedua-dua negara berkenaan.

Sejak lebih tiga tahun lalu, Beijing telah melakukan kempen pencerobohan di ruang udara dan perairan Taipei secara berkala hingga meningkatkan ketegangan di rantau tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: