Tiga jari 'dimamah' pam bewok

Ismail menunjukkan lokasi kejadian yang terletak 2km dari rumahnya.
Ismail menunjukkan lokasi kejadian yang terletak 2km dari rumahnya.
A
A
A

PASIR MAS - Hasrat seorang petani yang ingin menyelamatkan tanaman padinya daripada musnah akibat kemarau menjadi mimpi ngeri apabila hampir hilang tiga jari kanan selepas 'dimamah' Back Work Pump (pam bewok) dalam kejadian di Kampung Kolam dekat sini Ahad lalu.

Kejadian sekitar jam 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ismail Seman, 64, mahu mengikat tangki pam menggunakan tali getah daripada bergerak.

Ismail berkata, tali getah yang digunakan untuk mengikat tangki pam tersebut telah tersangkut ketika proses tersebut berlaku.

"Akibatnya tiga jari iaitu kelingking, manis dan tengah telah cedera 'dimamah' pam berkenaan.

"Mujurlah ketika itu saya tidak panik dan bertindak pantas menutup suis pam berkenaan," katanya.

Ismail hampir hilang tiga jari kanan selepas 'dimamah' Back Work Pump (pam bewok).
Ismail hampir hilang tiga jari kanan selepas 'dimamah' Back Work Pump (pam bewok).

Menurutnya, dia kemudian terus menjerit memanggil anaknya Mohd Azmi, 31, yang ketika itu berada tidak jauh daripada lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selepas itu Mohd Azmi terus membawa dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

"Saya masih perlu menjalani beberapa rawatan susulan bagi memastikan tiga jari itu pulih seperti sedia kala," katanya.