Tuntutan palsu: Bekas pengerusi, bendahari NGO direman 7 hari

Bekas pengerusi bergelar Datuk dan bekas bendahari sebuah NGO dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin.
Bekas pengerusi bergelar Datuk dan bekas bendahari sebuah NGO dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas pengerusi bergelar Datuk dan bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan lebih RM11,000 dua tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Tempoh tahanan reman sehingga Ahad itu membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas kedua-dua suspek berusia 43 dan 47 tahun itu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum itu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga.

Pada Ahad, kedua-dua suspek ditahan di pejabat SPRM Johor antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, sekitar penghujung Januari 2021, kedua-dua suspek telah mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah Johor Bahru bagi kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan pembekalan terbabit tidak dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: