405 kes baharu Covid-19, satu kematian

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 405 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan lapan daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,991,752.

Menurut portal KKMNow, satu kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,875.

Terdapat 32 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

Artikel Berkaitan: