Projek tebatan banjir: 'Ada pihak cuba kaut keuntungan' - Anwar

Anwar ketika temu bual dalam rancangan Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat. - Foto: Bernama
Anwar ketika temu bual dalam rancangan Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat. - Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Masih terdapat beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui projek-projek tebatan banjir di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menggesa pegawainya untuk berunding semula bagi memastikan tidak ada cubaan mengaut keuntungan daripada pihak-pihak tertentu.

“Memang saya bicara dengan pegawai saya bahawa saya marah, saya kata runding semula, pastikan kos lebih rendah, batalkan orang-orang yang buat kerosakan (yang disifatkan sebagai) fasad dalam al-Quran itu.

“Kadang-kadang mereka baca (mengenai fasad), tapi mereka dukung orang-orang yang lakukan fasad di dunia.

“Kaut, kaut, kaut. Ini terbukti dan kalau dicabar saya ada buktinya, saya tidak bicara kosong,” katanya dalam program bual bicara, Naratif Khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pengajaran tegas perlu dilakukan bagi mereka yang mengaut keuntungan terhadap projek-projek melibatkan kepentingan rakyat.

“Kalau lihat fail-fail tebatan banjir, sebut soal (siasatan kes) Menara KL, Jana Wibawa, setiap kes itu ada sahaja percubaan pemunggahan kekayaan untuk tokoh-tokoh besar.

“Jadi saya dalam kesempatan yang ada insya-ALLAH ada tindakan supaya jadi pengajaran kepada (pelaku) yang lalu dan sekarang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: