Dua ditahan lepaskan tembakan dalam operasi kastam

Tular di media sosial kebimbangan penduduk selepas terdengar bunyi tembakan di Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.
Tular di media sosial kebimbangan penduduk selepas terdengar bunyi tembakan di Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Dua lelaki disyaki suspek mengedar dadah ditahan polis selepas berlaku kejadian melepaskan tembakan dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Jalan Tengah Nipah di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya mengesahkan bahawa tangkapan dibuat pada Jumaat susulan satu laporan polis yang dibuat pihak kastam berhubung kejadian itu.

"Satu laporan polis diterima daripada kastam berhubung kejadian melepaskan tembakan semasa satu operasi menahan dua suspek pengedar dadah yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang Khamis.

"Kedua-dua suspek yang ditahan masing-masing berusia 23 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan rekod lampau mendapati salah seorang suspek memiliki dua rekod kesalahan jenayah dan narkotik.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh JKDM Lahad Datu," katanya.

Sebelum itu, kejadian terbabit tular di aplikasi WhatsApp apabila penduduk bimbang selepas terdengar bunyi tembakan dilepaskan di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan: