Bidas lawatan pegawai kanan Israel ke Masjid Al-Aqsa

Itamar Ben-Gvir - Foto AFP
Itamar Ben-Gvir - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menyuarakan kebimbangan terhadap lawatan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir ke Masjid Al-Aqsa di Baitumaqdis yang mencetuskan kritikan meluas.

Amerika Syarikat (AS), sekutu terdekat Israel turut menentang semua tindakan unilateral yang bertentangan status quo, lapor Agensi Anadolu.

''Kami ambil maklum gesaan Perdana Menteri (Benjamin) Netanyahu untuk mengekalkan status quo berhubung tempat suci.

"Kami menjangkakan kerajaan Israel akan menunaikan komitmen itu,” kata Timbalan Duta AS ke PBB, Robert Wood pada sidang tergempar Majlis Keselamatan yang diadakan oleh Emiriah Arab Bersatu dan China.

Pada Selasa, Ben-Gvir melawat kompleks Masjid Al-Aqsa meskipun sebelum ini diberi amaran bahawa tindakan itu akan mencetuskan kekacauan.

Duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia berkata, lawatan Ben-Gvir itu 'mencetuskan kebimbangan serius'' dan melanggar status bersejarah Baitulmaqdis dan satu tindakan yang 'tidak boleh diterima'.

Utusan China ke PBB Zhang Jun pula berkata, tindakan pegawai Israel itu mencetuskan 'keadaan rapuh dan teruk' di lapangan dan menggesa Israel menghentikan semua hasutan dan provokasi serta mengelak daripada sebarang tindakan unilateral.

Timbalan Duta UAE ke PBB, Mohamed Abushahab mengutuk 'provokasi serius yang mengancam Masjid Al-Aqsa dan kunjungan ke masjid oleh seorang menteri Israel di bawah perlindungan tentera Israel.'

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tindakan provokatif seperti itu menjejaskan lagi keadaan rapuh di wilayah Palestin yang diduduki dan merupakan perkembangan serius yang menjauhkan wilayah itu daripada landasan keamanan yang diinginkan.

Penolong Setiausaha Agung PBB, Khaled Khiari berkata, PBB terus berhubung rapat dengan pihak berkenaan dan sedang berusaha untuk meredakan keadaan. - Bernama