MKT UMNO tolak rayuan Tajuddin

Tajuddin - Foto Bernama
Tajuddin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menolak rayuan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Khamis.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, keputusan penolakan permohonan tersebut disebabkan alasan-alasan disiplin seperti yang terkandung di dalam perlembagaan UMNO.

"Ada rayuan daripada Datuk Seri Tajuddin. Itu hari dia digantung tetapi rayuan dia telah ditolak, jadi penggantungannya berkuatkuasa pada hari ini.

"Itu (disebabkan) alasan-alasan disiplin seperti yang terkandung di dalam perlembagaan UMNO," katanya ketika ditemubual oleh petugas media di lobi Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Tajuddin dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sebelum ini dilapor digantung keahlian parti selama enam tahun atau dua penggal.

Keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan pada 30 September tahun lalu.

Selain itu, ujar Isham, mesyuarat MKT UMNO turut memutuskan untuk menggantung UMNO Bahagian Arau atas sebab-sebab disiplin.

"Kita akan melantik Ketua Pentadbir di UMNO Bahagian Arau secepat mungkin. Senarai calon (Ketua Pentadbir) itu akan dibincangkan, itu keputusan parti nanti.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi keputusan MKT adalah menggantung bahagian Arau atas sebab-sebab disiplin bahagian UMNO," ujarnya.