OPR naik: Bank untung, rakyat sengsara!

Isham Jalil
Isham Jalil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) walaupun hanya sebanyak satu peratus, akan menyebabkan bank memperoleh kira-kira RM12 bilion setahun.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, ini bermakna bank akan memperoleh kira-kira RM1 bilion sebulan daripada 10 juta peminjam di negara ini.

Bagaimanapun katanya, kesan yang lebih besar akan dirasai oleh rakyat apabila kenaikan dan gaji tidak dapat mengimbangi kenaikan kos sara hidup.

"Ini bermakna purata peminjam kena bayar RM100 sebulan. Apabila Bank Negara Malaysia (BNM) naikkan OPR, bermakna ia akan menaikkan perbelanjaan kita sebanyak RM100 sebulan.

“Apabila kadar OPR naik dan gaji kita tidak dapat mengimbangi kenaikan kos sara hidup, ini hanya akan memburukkan lagi inflasi. Perniagaan perlu membayar lebih untuk sewa dan pengguna juga perlu melakukan perkara yang sama dengan ‘mortgages’ (gadai janji) mereka.

“Saya tidak fikir kerajaan pun mengutip RM1 bilion sebulan. Apakah rasional Bank Negara jika mereka benar-benar melakukannya?” katanya pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengah Hari Ketua Penerangan UMNO Malaysia bersama Agensi Media di Pusat Dagangan Dunia pada Khamis.

CGS-CIMB Research (CGS-CIMB) pada 30 Disember lalu menjangkakan dua lagi kenaikan OPR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, berbanding 2.75 peratus sekarang berikutan tekanan inflasi dijangka kekal pada 2023.

Manakala BNM pada Disember lalu dilaporkan akan menaikkan kadar OPR daripada 2.75 peratus kepada 3.25 peratus pada Januari 2023 untuk terus menyelaraskan semula trend pengetatkan monetari global dan untuk mengekang inflasi teras yang terus meningkat.

Artikel Berkaitan: