KK Super Mart tawar wang tunai bernilai RM1.1 juta

KK Super Mart menganjurkan Cabaran Beli & Menang RM1.1 juta bermula 1 Januari hingga 31 Mei 2023 di 666 outletnya di seluruh negara.
KK Super Mart menganjurkan Cabaran Beli & Menang RM1.1 juta bermula 1 Januari hingga 31 Mei 2023 di 666 outletnya di seluruh negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelanggan KK Super Mart berpeluang menjadi jutawan menerusi peraduan Cabaran Beli & Menang RM1.1 juta yang menawarkan hadiah utama wang tunai bernilai RM1.1 juta dan pelbagai hadiah menarik.

KK Super Mart telah bekerjasama dengan beberapa jenama terkenal seperti Coca Cola dan Dettol untuk menganjurkan peraduan itu yang diadakan bermula 1 Januari hingga 31 Mei 2023.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, KK Super Mart akan memberikan pelbagai kejutan kepada pelanggan setianya sepanjang peraduan Cabaran Beli & Menang RM1.1 juta itu diadakan.

Menurutnya, KK Super Mart meraikan ulang tahun ke-21 pada 1 Oktober lepas.

“Kami akan menambah baik perkhidmatan serta membuka banyak outlet untuk memberi kemudahan kepada semua. Dengan harapan Cabaran Beli & Menang RM1.1 juta ini bukan mimpi tetapi adalah kenyataan untuk anda semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, untuk menyertai cabaran itu, pelanggan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM23 dan ke atas, mereka akan layak untuk menyertai cabaran itu.

“Pembelian sekurang-kurangnya RM23 dengan membeli produk Coca Cola atau Dettol, pelanggan mempunyai dua kali ganda peluang penyertaan dalam cabaran ini,” kata Chai.

KK Super Mart mempunyai 666 outlet di seluruh Malaysia sekali gus membolehkan pelanggannya untuk menyertai peraduan Cabaran Beli & Menang RM1.1 juta dan memenangi hadiah lumayan dan menjadi jutawan.

Artikel Berkaitan: