Warga emas maut, motosikal terbabas dalam semak

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam semak di jalan Tanjung Lumpur pada Selasa. - Foto JBPM
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam semak di jalan Tanjung Lumpur pada Selasa. - Foto JBPM
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam semak di jalan Tanjung Lumpur berhampiran Bandar Putra pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga seorang peniaga, Muhammad Firdaus Ching Abdullah, 62, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dari arah Kuantan menghala ke arah Kempadang.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam semak di bahu jalan sebelah kiri.

"Akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut diteruskan.

Artikel Berkaitan: