Bekas ADUN Sedili lepas, bebas tuduhan cabul wanita

Rasman Ithnain
Rasman Ithnain
A
A
A

MUAR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Muar daripada pertuduhan kes seksual pada Jun tahun lalu.

Majistret Analia Kamaruddin membuat keputusan itu setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah membebaskan tertuduh dan wang jaminan dikembalikan semula.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos.

Rasman diwakili peguam Muhammad Mohd Nasir, Muhammad Izzad Syafiq Ismail dan Mohamad Alias Rasman.

Sepanjang perbicaraan kes itu berlangsung, pihak pendakwaan telah memanggil empat orang saksi

Sebelum itu pada 12 Jun lalu, Rasman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan mencabul seorang wanita berusia 27 tahun pada Januari tahun lalu.

Rasman dipilih sebagai ADUN Sedili selama tiga penggal sejak 2008 hingga 2022 dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Artikel Berkaitan: