'Mudahkan orang ramai buat aduan rasuah'

Thomas Fann
Thomas Fann
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran supaya membuat satu saluran khas kepada orang ramai bagi memudahkan mereka membuat laporan mengenai salah laku dan perbuatan rasuah.

Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann berkata, satu talian hotline atau portal khas perlu diwujudkan bagi menerima aduan mengenai aktiviti rasuah dalam matlamat membersihkan Malaysia daripada perbuatan jijik berkenaan.

Thomas bagaimanapun mendesak supaya perlu adanya perlindungan yang mencukupi kepada pengadu atau pemberi maklumat jika aduan berkenaan benar.

"Orang ramai hanya akan mengambil bahagian dalam usaha kerajaan untuk membasmi rasuah jika mereka percaya tindakan akan diambil dan mereka tidak akan dihukum kerana melaporkan perkara itu," katanya kepada Rasuah Busters pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa masih terdapat kelompok kecil dalam penjawat awam yang mengamalkan sikap meminta dan menerima rasuah.

Kata Anwar, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil itu kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan.

Menyambut baik kenyataan Anwar itu, Thomas menambah bahawa pihaknya senang apabila Anwar sedar bahawa masih terdapat kelompok penjawat awam yang melakukan rasuah dan beliau komited untuk menangani perkara tersebut.

"Jadi seperti yang saya katakan, orang ramai perlu dipermudahkan (untuk membuat aduan)," katanya.

Artikel Berkaitan: