Anwar berazam hapus rasuah, kembalikan wang negara dicuri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ketika bersama jemaah semasa menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra pada Sabtu. -Foto Bernama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ketika bersama jemaah semasa menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra pada Sabtu. -Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Menjelang tahun baharu 2023, semestinya pelbagai iltizam yang ingin dikecapi setiap individu termasuk juga Kerajaan Perpaduan.

Semestinya iltizam yang ingin digapai akan menjadi pemangkin semangat kepada seseorang itu dalam mendepani pelbagai rintangan mereka.

Ada di antara kita yang mahukan kehidupan yang lebih tenang, tenteram selain mahu mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan sebagainya.

Begitu juga Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memimpin negara sejak awal Disember lalu.

Ketika beliau menyampaikan perutusan dalam majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023, Masjid Putra, Putrajaya, pelbagai perubahan yang ingin dilakukan.

Anwar menegaskan komitmennya untuk membendung masalah rasuah yang dikatakan masih lagi dilakukan oleh kelompok kecil dalam kerajaan.

Beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil itu kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan.

“Sebulan berlalu sejak saya mengambil pimpinan di negara ini. Ada perubahan tetapi saya beritahu rakan menteri tadi, ada bidang penguatkuasaan kelompok kecil yang masih cuai.

Artikel Berkaitan:

“Dan meneruskan adegan lama mengutip habuan, menetapkan kos tambahan, menentukan ada hadiah hadiah besar.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang telah merobohkan dan rosakkan negara kita selama ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga tidak akan membenarkan sebarang kecuaian yang boleh memusnahkan negara dalam kalangan penjawat awam dan anggota kabinet.

Anwar turut berazam untuk mengembalikan dana negara yang ‘dipunggah’ oleh pemimpin terdahulu dipulangkan semula kepada rakyat.

Jelasnya, kerajaan pimpinannya akan bertegas untuk menamatkan amalan yang menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai kesempatan untuk memunggah kekayaan.

Beliau turut meminta agar barisan kabinetnya dapat mengutamakan rakyat terlebih dahulu dalam segala keputusan yang dilakukan.

Terbukti menunjukkan bahawa kerajaan di bawah pimpinan beliau amat komited dan rakyat menjadi keutamaan.

Penulis berharap agar iltizam yang dihujahkan beliau menjadi kenyataan dan seterusnya rakyat mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi ini.