X

Kindly register in order to view this article
!

Mah Sing dan Fave tawar bayaran yuran tempahan tanpa tunai menerusi FavePay

Dari kiri: Pengarah Kumpulan Strategi dan Operasi Mah Sing, Lionel Leong; Rachel dan Chow Yeoh menunjukkan aplikasi Fave.
A
A

PEMAJU hartanah, Kumpulan Mah Sing Berhad (Mah Sing) dan peneraju platform pembayaran digital Fave, menawarkan bayaran yuran tempahan tanpa tunai kepada pembeli hartanah melalui aplikasi, FavePay.

Pengarah Kumpulan Strategi dan Operasi Mah Sing, Rachel Leong berkata, kerjasama dengan Fave adalah bagi menyediakan kemudahan pembayaran pendahuluan untuk mana-mana projek Mah Sing di seluruh negara.

Katanya, pembeli yang menggunakan FavePay juga bakal menikmati ganjaran menerusi Mata BIG AirAsia.

"Kerjasama dengan Fave adalah sebahagian inisiatif pendigitalan Mah Sing ke arah pengurusan hartanah yang lebih cekap dalam usaha memenuhi kehendak pelanggan dan penyelesaian kepada bayaran tanpa tunai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, antara projek Mah Sing yang terlibat termasuklah M Centura di Sentul, Sensory [email protected] City, [email protected] City, Savanna Executive [email protected] City, Savanna Lifestyle Shop dan Boulevard [email protected] City di Kuala Lumpur.

Projek lain terletak di Pulau Pinang adalah M Vista, Southbay Plaza, The [email protected] City, dan Ferringhi Residence 2C.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama Fave, Chen Chow Yeoh berkata, kerjasama itu adalah langkah ke arah menjadikan Malaysia tanpa tunai.

"Melalui aplikasi Fave, pengguna bukan sahaja boleh membayar makan di restoran atau membeli-belah tanpa tunai, bahkan membayar yuran tempahan untuk pembelian rumah baharu dengan hanya mengimbas kod QR,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus