Mayat dua beradik rentung ditemui dalam bilik tidur

Anggota bomba ketika menjalankan kerja memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga di sini.
Anggota bomba ketika menjalankan kerja memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga di sini.
A
A
A

GOMBAK - Mayat dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Dewan Simpang Tiga, di sini pada Isnin ditemukan di bilik utama rumah tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, setakat ini punca dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

"Kedua-dua mangsa disahkan kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun dan kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun yang ditemukan rentung dalam bilik utama rumah tersebut

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, mayat kedua-dua kanak-kanak ini dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Ketua Polis Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389151 atau 03-61895222," katanya.

Pada Isnin, dua kanak-kanak dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga di sini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nur Syaza Alfisya dan adik lelakinya, Muhammad Al Qayyum.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.

"Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan