Sime Darby Property lantik CFO baharu


SUI HING
SUI HING
A
A
A
SIME Darby Property Berhad mengumumkan pelantikan baru dalam barisan kepimpin_an syarikat bagi memperkukuhkan pasukan pengurusan kanan dan memposisikan syarikat dalam kedudukan yang lebih mantap bagi pertumbuhan pada masa hadapan.

Sime Darby Property dalam kenyataannya memaklumkan, Betty Lau Sui Hing dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan berkuat kuasa 1 April lalu menggantikan Datuk Tong Poh Keow yang telah bersara daripada jawatan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pada 31 Mac lalu.

Menerusi kenyataan itu, Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri berkata, kumpulan itu percaya, pengalaman dan pengetahuan mendalam yang dimiliki oleh Sui Hing akan memperkukuhkan lagi pengurusan kanan syarikat.

Sui Hing akan bertanggungjawab dalam menyelia segala urusan pengurusan kewangan Kumpulan, terutamanya menyediakan kepimpinan kewangan strategik dan sokongan kepada pengurusan kanan dan lembaga pengarah, melaksanakan inisiatif transformasi di semua segmen perniagaan untuk mencapai tahap kecekapan terbaik.

Sebelum menyertai Sime Darby Property, Sui Hing adalah Ketua Pegawai Kewangan di Malaysia Land Sdn Bhd, Hatten Land Limited dan IOI Properties Group Bhd.
Artikel Berkaitan: