Lelaki kena tetak depan pasar raya

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki cedera akibat ditetak dengan senjata tajam dalam satu kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Serai Wangi, Padang Serai, Kulim pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada jam 10.10 malam daripada orang awam yang memaklumkan kejadian tetak itu.

"Siasatan mendapati mangsa yang berusia lingkungan 50-an merupakan pekerja di pasar raya tersebut dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala dan kaki kini berada di hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Redzuan berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan suspek sedang diburu.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: