[VIDEO] Reman lima suspek dera kanak-kanak disambung

Kelima-lima suspek tiba di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Sabtu.
Kelima-lima suspek tiba di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Sabtu.
A
A
A

BATU PAHAT - Mahkamah Majistret Batu Pahat melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap lima suspek yang dipercayai terlibat mendera kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sehingga mati di Senggarang di sini hingga 7 Januari depan.

Majistret Siti Zubaidah Mahat membenarkan perintah sambungan reman berkenaan terhadap kelima-lima suspek berkenaan termasuk kakak mangsa mulai 24 Disember lalu setelah permohonan dibuat oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Shafiq Mohd Salleh.

Sebelum itu, kesemua suspek termasuk kakak mangsa yang berusia 15 hingga 37 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Batu Pahat sekitar jam 8.30 pagi dengan berpakaian baju lokap serta diiringi polis.

Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail, setelah tidak sedarkan diri di sebuah rumah di Kampung Sri Pantai Senggarang, Batu Pahat.

Polis kemudian mengesahkan kematian kanak-kanak berkenaan berpunca akibat hentakan objek keras di kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, polis mengklasifikasikan semula kes kematian mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: