Kos pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram, telur 48 sen sebutir

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Purata kos pengeluaran ayam pedaging di Malaysia pada September lalu ialah RM6.53 sekilogram, manakala bagi sebutir telur ayam adalah 48 sen.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, harga sekilogram ayam di ladang jika mengambil kira lima peratus,10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran ayam, harga ayam di ladang direkodkan berada di antara julat RM6.86 hingga RM7.84.

Sementara itu katanya, margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat borong merekodkan RM1.30, manakala margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat runcit mencatatkan RM1.25.

“Komposisi kos pengeluaran ayam pedaging meliputi 98.6 peratus kos langsung dan 1.4 peratus kos tidak langsung. Antara komponen terbesar dalam kos pengeluaran ayam pedaging ini ialah makanan ternakan (65.1 peratus) dan kos pembelian day-old chick (16.0 peratus).

“Kos pengeluaran telur ayam dari pula merangkumi 96.9 peratus kos langsung dan 3.1 peratus kos tidak langsung di mana 76.2 peratus daripadanya melibatkan kos makanan ternakan ayam dan 15.8 peratus adalah kos utiliti dan gaji dan upah.

"Kos pembelian day-old chick meliputi 2.2 peratus daripada jumlah kos pengeluaran telur,” katanya dalam kenyataan Laporan Kajian Khas Kos Pengeluaran Ayam dan Telur 2022 yang diterbitkan pada Jumaat.

Laporan Kajian Khas Kos Pengeluaran Ayam dan Telur 2022 yang diterbitkan pada Jumaat.
Laporan Kajian Khas Kos Pengeluaran Ayam dan Telur 2022 yang diterbitkan pada Jumaat.

Tambah Mohd Uzir lagi, bagi telur ayam, purata kos pengeluaran sebiji telur ayam mencatatkan RM0.48 sekiranya mengambil kira lima peratus, 10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran telur ayam.

Artikel Berkaitan:

Harga telur ayam di ladang katanya, direkodkan berada di antara julat RM0.50 hingga RM0.58 sebiji.

“Margin keuntungan sebiji telur ayam di peringkat borong dan runcit pula masing-masing mencatatkan RM0.04 dan RM0.02,” katanya.