Lotus’s tawar ganjaran bernilai RM888,000

No Image Caption
A
A
A

LOTUS'S Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melalui kempen Tahun Baharu Cina Sama-Sama Huat (SSH) Lotus’s menawarkan ganjaran bernilai RM888,000 kepada para pelanggannya untuk dimenangi pada musim perayaan ini.

Pada Tahun Baharu Cina bakal menjelang ini, Lotus’s Malaysia menyambut tahun Arnab air yang penuh dengan harapan baharu ini dengan mengembalikan nostalgia dan keceriaan sambutan perayaan itu melalui kempen tersebut.

Presidennya, Kenneth Chuah berkata, kempen bermula 26 Disember sehingga 18 Januari 2023 di semua 65 cawangan Lotus’s di seluruh negara yang menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi hadiah utama berjumlah RM8,880 melalui program gamifikasi Spin and Win nya.

Menurutnya, seramai 84 pemenang mingguan yang bertuah akan membawa pulang RM880 dalam tempoh tiga minggu manakala lima pemenang yang paling bertuah bakal memenangi hadiah utama bernilai RM8,880 pada akhir tempoh gamifikasi Spin & Win ini.

“Pelanggan yang menyertai gamifikasi Spin & Win ini juga akan memenangi baucar bernilai bermula 50 sen, RM1, RM1.80 dan RM8 untuk setiap pembelian yang berikutnya dan juga menerima set paket angpau edisi terhad istimewa apabila mereka membelanjakan sekurang-kurangnya RM88 dalam satu resit,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Lotus's juga akan mengadakan jerayawara gamifikasi Spin & Win nya di 10 cawangannya yang mengambil bahagian selama tiga hari berturut-turut dan turut menampilkan keberadaan Tuhan Kemakmuran di lokasi tertentu.

“Jerayawara akan diadakan di cawangan Lotus's Puchong, Cheras dan Mutiara pada 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023, diikuti Lotus's Penang Egate, Tanjung Pinang, Ipoh Garden pada 6 hingga 8 Januari 2023.

“Jerayawara di Lotus's Bukit Indah dan Desa Tebrau akan diadakan pada 12 hingga 14 Januari 2023 manakala Lotus's Seremban dan Melaka akan diadakan pada 13 hingga 15 Januari 2023,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Tahun Baharu Cina merupakan peluang untuk semua ahli keluarga, sanak-saudara dan orang yang tersayang berkumpul semula berkongsi keceriaan dan keberkatan bersama-sama.

“Lotus’s berusaha untuk menjadikan musim perayaan ini lebih mampu disambut oleh semua golongan masyarakat di Malaysia dengan menawarkan harga yang berpatutan ke atas pelbagai barangan seperti hasil segar, pakaian, perhiasan rumah, barangan runcit kelengkapan Tahun Baharu Cina, dan lain-lain lagi di bawah satu bumbung yang sama bagi memudahkan lagi proses membeli-belah para pelanggan kami.

“Kami juga menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi bagi pelanggan yang membeli belah secara fizikal di cawangan Lotus’s berhampiran mahupun dalam talian,” katanya.