Lotus’s Malaysia lancar kempen Kongsi Ceria

Program Belanja dan Menang (13 Mei, 14 Mei, 20 Mei, 21 Mei). Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM80 dalam satu pembayaran akan berpeluang memenangi baucar Lotus’s RM100 di semua 65 stor Lotus’s pada tarikh yang terpilih. Dua pemenang setiap stor akan dipilih semasa waktu bonus (11 pagi, 2 petang, 5 petang).

A
A
A

LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan kempen Kongsi Ceria yang dipenuhi dengan pelbagai tawaran menarik, aktiviti-aktiviti di stor dan Buku Amal Kongsi Ceria Lotus’s dari 11 Mei hingga 7 Jun 2023 sempena ulang tahun pertama hari ini.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, kempen tersebut bertujuan mengumpul dana bagi empat organisasi yang mengkhusus kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Antaranya, Pusat Perubatan Unit Kanser Kanak-Kanak Universiti Malaya, Tender Touch Pediatric Rehab, untuk kanak-kanak kurang upaya perkembangan, Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) dan Nourish Malaysia.

Ahli My Lotus’s Yang Bertuah berpeluang memenangi 25 set 10,000 mata My Lotus’s, dan 1 pemenang hadiah utama akan memenangi 1,000,000 mata My Lotus’s setiap minggu, dengan perbelanjaan minimum RM50 setiap transaksi sepanjang tempoh kempen Kongsi Ceria.

“Buku Amal Kongsi Ceria Lotus’s boleh didapati di semua 65 stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online, Lazada, Shopee, Foodpanda dan Grab dengan harga RM1 dan ia mengandungi berbagai kupon bagi memberikan penjimatan kepada pelanggan berjumlah RM600 untuk lebih 6,000 produk ditawarkan.

“Semua hasil daripada pembelian buku amal akan disalurkan terus kepada empat organisasi ini bagi kanak-kanak yang memerlukan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, menurut beliau, Lotus’s Malaysia turut menawarkan kemudahan membeli-belah, nilai penjimatan yang terbaik, berkualiti dan pelbagai pilihan produk Jenama Lotus’s kepada pengguna serta menjadi nadi masyarakat melalui program #KitakanJiran.

Dapatkan buku Baucar Amal dengan hanya RM1 di stor Lotus's terdekat anda atau di Lotus's Shop Online.
Dapatkan buku Baucar Amal dengan hanya RM1 di stor Lotus's terdekat anda atau di Lotus's Shop Online.

Tambahnya, selain menawarkan penjimatan kepada pelanggan mereka turut menggunakan peralatan operasi cekap dan berprestasi tinggi di stor bagi meningkatkan campuran tenaga bersih melalui pemasangan panel solar untuk mencapai sasaran neutraliti karbon menjelang tahun 2030.

“Keupayaan kami untuk memberi impak kepada komuniti telah meningkatkan perniagaan sehingga berkembang dan saya amat berbangga dengan sumbangan budaya kesukarelawanan yang telah dipupuk dengan semangat #KitakanJiran termasuk tumpuan dalam bidang kelestarian.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan ini dan semua pelanggan dijemput untuk menyertai program dianjurkan sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Pertandingan Instagram Jom Parti Kat Lotus’s (11-31 Mei 2023). Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 dalam satu resit boleh kongsikan foto pakaian hari jadi terbaik mereka di mana-mana stor Lotus’s ke Instagram mereka, diikuti dengan menandakan halaman Instagram rasmi Lotus’s Malaysia di @LotussMalaysia, dengan hashtag #LotussKongsiCeria dalam kapsyen mereka. Hadiah bernilai lebih RM9,000 untuk dimenangi dan pakaian yang terbaik dengan kapsyen paling kreatif akan berpeluang memenangi iPhone 14 128GB.