Kerajaan rangka pelan jangka panjang atasi runtuhan cerun

Nik Nazmi (empat dari kiri) bersama sebahagian daripada sukarelawan Program Gerak Kerja Pasca Banjir di SK Bendang Pa' Yong, Tumpat pada Khamis.
Nik Nazmi (empat dari kiri) bersama sebahagian daripada sukarelawan Program Gerak Kerja Pasca Banjir di SK Bendang Pa' Yong, Tumpat pada Khamis.
A
A
A

TUMPAT - Laporan penuh runtuhan cerun di Batang Kali, Selangor akan dijadikan sebagai iktibar oleh kerajaan dalam merangka pelan jangka panjang berkait dengan kejadian itu pada masa hadapan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelan tersebut merupakan usaha kerajaan untuk berdepan krisis berkenaan sekiranya ia berlaku lagi kerana membabitkan banyak kementerian.

"Kita akan bentangkan laporan penuh berkait dengan insiden berkenaan ke mesyuarat kabinet nanti," katanya ketika sidang akhbar pada Program Gerak Kerja Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pa' Yong di sini pada Khamis.

Insiden Batang Kali menyaksikan mayat 31 orang ditemukan sepanjang operasi berlangsung selama sembilan hari sejak tragedi berlaku awal pagi 16 Disember lalu.

Tragedi itu berlaku ketika 92 pengunjung termasuk 14 pekerja kebun sayur organik tersebut sedang tidur di tapak perkhemahan di kawasan berkenaan.

Kesemua yang maut adalah pengunjung tapak perkhemahan termasuk 20 guru SJKC Mun Choong dan ahli keluarga mereka yang bercuti di tapak perkhemahan itu.

Artikel Berkaitan: